Wednesday 8 June 2011

Young sertai MU selepas berkahwin

Birmingham - Manchester United dikatakan sedang berunding dengan Aston Villa untuk mendapatkan pemain tengah kelab itu, Ashley Young. Namun, menurut mereka, keputusan perpindahan tersebut akan diumumkan hanya selepas Young melansungkan perkahwinannya akhir tahun ini.

Ashley Young

Menurut Birmingham Mail, Young telah menyampaikan hasratnya untuk tidak lagi menyambung kontrak yang masih berbaki setahun dan meminta Villa melepaskannya untuk ke MU.

Villa dikatakan meletakkan harga sebanyak 19juta pounds untuk Young, namun "Red Devils" hanya mahu membayar sebanyak 15juta pounds. Walaupun begitu, MU dikatakan bakal memenangi tawar-menawar ini dan membawa Young ke Old Trafford - BIM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...