Tuesday 14 June 2011

Oezil tidak layan lamaran Manchester United

Pemain tengah Real Madrid, Mesut Oezil


Madrid - Manchester United terpakasa melupakan niatnya untuk mendapatkan pemain tengah bercorak serangan Real Madrid, Mesut Oezil kerana dia masih belum berniat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim depan.

Akhbar-akhbar England melaporkan yang Manchester United bersedia untuk berbelanja besar untuk Oezil namun dia menolak segala tawaran tidak rasmi "The Red Devils".

"Kami berterima kasih kepada MU kerana tertarik dengan Oezil. Namun Oezil masih selesa di Real Madrid dan tidak terfikir untuk berhijrah ke kelab lain," ujar Reza Fazeli, agen Oezil.

Sir Alex Ferguson kini mengalihkan perhatiannya kepada pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder. Namun teka-teki sama ada Sneijder akan menerima lamaran MU masih menjadi tanda tanya. (DS)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...