Monday 27 June 2011

Jersi Baru Cardiff City 2011/12

Cardiff City new kit 2011/12

De Gea semakin hampir milik MU

Penjaga gol Atletico Madrid, David De Gea
Manchester - Penjaga Gol Atletico Madrid, David De Gea dikhabarkan telah menjalani ujian kesihatan pada Isnin lepas. Jika lulus, dia akan terus menandatangani kontrak bersama "The Reds Devils".

Ujian kesihatan De Gea dilakukan di Hospital Bridgewater. Jika transaksi berlaku, De Gea akan menjadi pemain ketiga dibeli Mu pada musim panas ini selepas Ashley Young dari Aston Villa dan Phil Jones dari Blackburn.

Sejak musim lepas, De Gea terus dikhabarkan akan bersama MU. Penjaga gol yang baru saja membantu Sepanyol memenangi Piala Eropah U-21 itu dinilai sebagai pengganti terbaik buat Edwin van der Sar yang akan pencen selepas kontraknya bersama Mu tamat.(SKY)

AC Milan miliki 'Kaka' baru

Pemain Itali dan AC Milan Stephen El Shaarawy

Milan - Pemain baru AC Milan, Stephen El Shaarawy mengaku dirinya mempunyai gaya permainan yang sama dengan pemain Real Madrid, Kaka dan menurutnya terdapat beberapa orang lagi yang berpandangan serupa termasuk wakil Presiden Milan, Adriano Galliani.


"Aku pikir aku memiliki karakter yang sama seperti Kaka, khususnya dalam mengendalikan bola di padang. Aku mungkin tidak berpengalaman, namun aku berkeinginan dan mempunyai keberanian yang besar. Untuk pasukan, aku mampu bermain sebagai perancang ataupun penyerang seperti Kaka," ujarnya.

El Shaarawy menonjol pada musim lepas bersama Padova dengn menjaringkan 7 gol dalam 25 perlawanan. Di Milan, dia akan mengekalkan jersi bernombor 92.

Park tidak mahu pindah!

Manchester -  Park Ji-Sung, pemain Asia yang membarisi skuad Manchester United berhasrat untuk tidak berpindah dan membantu MU meraih gelaran liga buat kali ke-20.

Pemain Manchester United, Park Ji-Sung

Sejak kehadiran Ashley Young tidak lama dulu yang dibeli MU dari Aston Villa, posisi Park kini semakin terancam. Pemain berasal dari Korea Selatan itu kini dikaitkan akan berpindah ke kelab Itali, Juventus. Namun kelab tersebut menafikan perkara itu dan Park juga menafikannya.

"Aku amat berbangga jika dapat terus bersama dengan Manchester United. Aku ingin bertahan di sini. Sebagai pemain Asia, bermain untuk kelab besar di dunia merupakan satu kebanggaan. Aku ingin meraik gelaran liga ke-20 bersama MU," ujar Park.

Kontrak Park akan tamat pada 30 Jun 2012 ini dan nilainya dianggarkan sekitar 10juta euro.(SKY)

Sunday 19 June 2011

Pep Guardiola akan ke Inter pada 2012

Milan - Inter Milan dikhabarkan telah berjaya mendapatkan persetujuan Pep Guardiola untuk membimbing pasukan "I Nerazzurri" mulai tahun 2012. Inilah yang menjadi punca masalah Inter tidak dapat mencari jurulatih untuk musim depan.

Pengurus Barcelona, Pep Guardiola


Inter kini dalam dilema untuk mencari pengganti Leornando kerana tidak ada seorang pun yang mahu melatih pasukan Inter hanya untuk setahun sebelum diambil alih oleh Pep. Inter dikatakan telah menawarkan jawatan tersebut kepada Fabio Capello, Delio Rossi, Gian Piero Gasperini dan Sinisa Mihajlovic, namun tiada perkembangan terkini.

Pep Guardiola sendiri telah menyatakan yang dia akan meninggalkan Barcelona hujung musim 2011-2012 kerana ingin mencari cabaran baru setelah banyak membantu Barcelona menjuarai pelbagai kejuaraan. (TS)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...