Sunday 12 June 2011

Silvestre buruan Liverpool, Villarreal

Palermo - Pengarah utama Catania, Pietro Lo Monaco menyatakan bahawa Liverpool dan Villarreal sedang memburu pemain pertahanan mereka, Matias Silvestre. Namun, Lo Monaco mengesahkan mereka masih mahu mengekalkan pemain tersebut.

"Silvestre adalah salah seorang dalam senarai pemain yang ingin berhijrah. Tetapi saya akan berusaha mengekalkannya kerana dia memainkan peranan yang besar untuk kelab," kata Lo Monaco.

Kapten Catania, Matias Silvestre

Silvestre menyatakan hasratnya untuk bermain bersama kelab-kelab yang besar dan berpengaruh. Liverpool dan Villarreal pastinya memenuhi kriteria yang diingini Silvestre.

Catania membeli Silvestre dari Boca Juniorstiga musim yang lalu. Semenjak itu, dia menyumbangkan banyak jasa kepada pertahanan "I Rossazzurri". Silvestre juga kini menjawat jawatan kapten pasukan yang diterajui olehVicenzo Montella itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...