Friday 17 June 2011

Ballack akhirnya bersara dari arena antarabangsa

Berlin -  Jurulatih skuad Jerman, Joachim Loew menyatakan yang karier pemain tengah Bayern Leverkusen, Michael Ballack dalam skuad "Der Panzer" telah berakhir.

"Ballack tidak akan bermain lagi bersama skuad Jerman," demikian kenyataan rasmi dari Persekutuan Bolasepak Jerman.

Pemain Jerman, Michael Ballack
Ballack telah lama tidak bermain bersama skuad negaranya kerana cedera dan terpaksa melupakan aksi di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Posisinya sebagai kapten juga telah dirampas oleh Philipp Lahm.

Dari tahun 1999, Ballack telah bersama skuad "Die Mannschaft" dan memiliki 98 caps. Walaupun berada di posisi tengah, Ballack telah menjaringkan 48 gol. Prestasi terbaiknya adalah membantu Jerman layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2002 dan pusingan akhir Piala Eropah 2008. (FIFA)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...