Tuesday 14 June 2011

Cristiano Ronaldo tolak City

Madrid - Penyerang sensasi Real Madrid mengaku seronok berada di Santiago Bernabeu dan akan memanjangkan kontraknya bersama mereka. Dia juga menolak segala  kemungkinan yang dia akan berpindah ke Manchester City pada musim panas ini.

City dikatakan bersedia mengeluarkan dana yang besar bagi membolehkan mereka mendapatkan khidmat Ronaldo, bahkan mereka juga bersedia untuk memecahkan rekod pembelian pemain termahal yang juga dipegang Ronaldo. Jumlah yang dikhabarkan akan dilaburkan City adalah sebanyak 170juta euro.

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo

"Anda boleh menulis apa sahaja, tetapi aku tidak akan pergi. Aku baik sahaja di sini dan akan memperbaharui kontrakku. Jika Real Madrid menawarkan kontrak baru kepadaku, aku akan menandatanganinya," ulas Ronaldo ketika ditanya mengenai kesahihan perkara tersebut.

Ronaldo menjadi pemain Real paling menyerlah dengan menyumbat 53 gol dan mencipta 16 peluang gol dalam 54 perlawanan. Kontraknya juga masih panjang iaitu sehingga 2015. (CC)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...