Saturday 11 June 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Bukit Jalil - Seramai lebih 85 000 penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan pertembungan antara dua gergasi pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan.

Terengganu dengan gahnya menjuarai Piala FA dengan menewaskan Kelantan 2-1 menerusi jaringan kemenangan oleh Ahmad Nordin Alias pada masa tambahan.

Marzuki Yusof (kanan), pemain terbaik final Piala FA 2011

Pasukan Kelantan mendahului dengan jaringan Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 melalui sepakan "chip" yang menarik dan menyebabkan penyokong "The Red Warriors" gegak gempita.

Namun, mereka tersentak dengan jaringan sendiri oleh pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan yang membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Pemain terbaik final Piala FA 2011 ialah kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...