Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes
Manchester - Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyatakan yang Sir Alex Ferguson pastinya akan mendapat pengganti buat dirinya seperti selalunya selepas seseorang pemain hebat meninggalkan kelab.
Scholes telah beraksi sebanyak 676 perlawanan buat Manchester United sejak 1994 sehingga bersara pada 31 Mei yang lepas.
"Telah banyak pemain-pemain yang hebat telah meninggalkan kelab seperti Eric Cantona, Roy Keane, Mark Hughes dan Bryan Robson. Anda mungkin berfikir bagaimana cara untuk menggantikan mereka, tetapi entah bagaimana kelab ini selalu mendapatkan jalan penyelesaiannya," ujar Paul Scholes. (BBC)
No comments:
Post a Comment