Monday 13 June 2011

Hulk hanya mahu kelab ternama

Porto - Penyerang FC Porto, Hulk dikhabarkan A Bola tidak akan berpindah ke sebarang kelab melainkan kelab-kelab yang lebih besar dari Porto. Hulk juga mengatakan kelab tersebut harus bersedia mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmatnya.

Hulk sebelum ini telah memanjangkan usia kontraknya bersama Porto hingga tahun 2016. Dalam kontrak tersebut, Hulk hanya mampu dibeli dengan harga 100juta euro, harga yang membuatkan mana-mana kelab berfikir panjang sebelum membelinya.

"Aku hanya akan berpindah ke kelab yang lebih baik (dari Porto). Porto adalah sebuah pasukan yang besar dan aku tidak akan berhijrah ke kelab sebarangan," ujar Hulk seperti dikutip A Bola.


Penyerang FC Porto, Hulk

Terdapat dua kelab besar eropah yang ingin mendapatkan khidmat Hulk iaitu Manchester City dan AC Milan. City pastinya menjadi kelab yang terbaik untuk mendapatkan tandatangan Hulk kerana mereka akan mengeluarkan dana sebanyak mana sekalipun untuk mendapatkan pemain buruan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...