Wednesday 8 June 2011

Peledak veteran Jerman tinggalkan Bayern

Muenchen - Miroslav Klose dengan rasminya telah meninggalkan "Der Bavarians" pada Isnin (6/6/11) yang lepas. Klose tidak mahu menyambung kontraknya kerana sering memanaskan bangku simpanan dan permintaan gaji yang lebih tinggi tidak dipersetujui oleh pentadbiran kelab tersebut.

Miroslav Klose

Antara sebab utama Klose ingin meninggalkan Bayern adalah kerana sering dibayangi kelibat penyerang muda berbisa, Mario Gomez.

Klose dikhabarkan mendapat pelbagai tawaran menarik daripada Everton, Lazio dan Valencia. Klose perlu kerap bermain untuk menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Jerman dalam Euro 2012 - GL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...