Thursday 16 June 2011

Bebe dipinjamkan kepada Besiktas

Manchester - Manchester United meminjamkan penyerangnya, Tiago Manuel Dias Correia, 20 atau yang lebih dikenali sebagai Bebe kepada Besiktas selama satu musim. Melalui laman web rasminya, MU berharap Bebe dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di Besiktas untuk meningkatkan keupayaan dirinya.

Pada musim pertamanya di Old Trafford, Bebe bermain tujuh perlawanan bersama skuad utama dan berjaya membolosi gawang lawan sebanyak dua kali iaitu semasa Piala Carling dan Liga Juara-Juara.

Penyerang Manchester United, Bebe


Bebe dibeli oleh MU dari Vitoria de Guimaraes pada tahun lalu dengan harga 7.4juta pounds dan kontraknya sehingga 2015.

Sir Alex Ferguson menyatakan yang Bebe merupakan pemain pertama yang di beli skuad "The Red Devils" tanpa dipantau oleh dirinya sendiri. (MU)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...