Friday 17 June 2011

Lampard lamar Bleakley sambil berlutut

Pemain tengah Chelsea rupa-rupanya dalam diam sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Semasa bercuti di Amerika Syarikat, dia tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk melamar kekasihnya, Christine Bleakley.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Bleakley kepada The Sun. Bleakley sendiri mengaku sangat teruja dan terkejut dengan tindakan Lampard itu yang dianggapnya sangat romantis. Manakan tidak, Lampard berlutu dan melamarnya untuk bernikah.

Lampard mencium pipi kekasihnya, Bleakley


Usia hubungan Lampard dan Bleakley baru sahaja mencecah 18 bulan. Sebelumnya, Lampard bercinta dengan Elen Rivas dan dikurniakan dua anak iaitu Luna dan Isla.

"Sangat mengejutkan. Aku tahu ramai yang berharap perkara ini berlaku kepada mereka," ujar Bleakley selamba.

"Ini sangat peribadi. Kami sedang makan tengahari di tepi pantai dan dia secara tiba-tiba melamarku dengan cara yang cukup romantis. Aku sangat kagum dan kemudian aku menangis," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...