Sunday 12 June 2011

Real Madrid di"syor"kan beli Aguero

Madrid - Akhbar sukan Sepanyol, Marca melakukan bancian yang melibatkan   31 000 pengguna internet seluruh dunia tentang siapa yang patut dibeli oleh Real Madrid di antara Aguero dan Neymar pada musim hadapan.

Sebanyak 56.6% responden memilih penyerang Argentina, Sergio Aguero. Kedua-dua pemain yang berharga 45juta euro itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Penyerang Argentina, Sergio Aguero

Aguero telah lama berada di Liga BBVA iaitu semenjak 2006 manakala Neymar pula masih belum pernah keluar dari negaranya, Brazil dan baru berusia 19 tahun. (MRC)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...