Sunday 12 June 2011

Messi: Barcelona tidak ada rahsia!

Barcelona - Penyerang Barcelona, Lionel Messi menegaskan kelabnya, Barcelona tidak mempunyai apa-apa rahsia untuk memenangi banyak trofi dalam kebelakangan ini.

"Musim ini sangat baik, tetapi tidak ada apa-apa rahsia. Di Barcelona, kami percaya kepada diri sendiri," kata pemain terbaik dunia, Messi.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi

Banyak berpendapat, Barcelona pada era Messi ini merupakan kelab terbaik sepanjang zaman. Namun, Messi tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.

"Aku tidak bersetuju(dengan dakwaan tersebut) kerana ada kelab-kelab besar lain pada era-era tertentu. Tetapi kami telah menunjukkan yang pasukan kami akan dikenang," ujar Messi lagi. (MAT)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...