Monday 13 June 2011

Jeffren Bangga Diintai Liverpool

Pemain Barcelona, Jeffren Suarez

Barcelona - Penyerang muda Barcelona, Jeffren Suarez mengaku bangga dirinya diintai Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish. Walaupun begitu, dia tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara itu dan tetap fokus untuk membantu Sepanyol meraih kejayaan dalam Piala Eropah U-21 di Denmark pada bulan ini.

"Faktanya, apabila kelab besar seperti Liverpool berminat dengan aku, aku sangat berbangga dan kita akan tengok apa yang akan berlaku," ujar Jeffren.

"Tapi aku tidak berfikir mengenai perkara itu sekarang. Aku di sini dan memikirkan apa yang akan kami lakukan," katanya lagi.

Sepanyol U-21 akan berdepan dengan England U-21 dalam Piala Eropah U-21 pada hari Isnin (13/6/2011). (SKY)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...