Saturday 11 June 2011

Neuer dipuji tiga penjaga gol terhebat

Muenchen - Tiga penjaga gol terbaik dunia iaitu Iker Casillas, Gianluigi Buffon dan Victor Valdes memuji penjaga gol baru Bayern Muenchen, Manuel Neuer. Mereka menyatakan Neuer telah menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

"Neuer adalah penjaga gol yang aku suka. Dia seperti sukar dikalahkan. Dia memang pembelian yang paling baik buat Bayern," ujar penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

Penjaga gol varu Bayern, Manuel Neuer

Musim lalu Neuer membantu kelab lamanya, Schalke 04 menjuarai Liga Jerman dan menampilkan aksi memberangsangkan ketika pertemuan dengan MU semasa pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Walaupun kelabnya kalah, namun dia berjaya menafikan banyak cubaan-cubaan berbahaya MU.

"Dia mampu menjaga keseluruhan gawang daripada dibolosi. Dia pantas dan cekap. Dia sudah berada sebaris dengan penjaga gol terbaik dunia dan Bayern tidak rugi membelinya," jelas penjaga gol Barcelona Victor Valdes. (BILD)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...