![]() |
Cardiff City new kit 2011/12 |
Monday, 27 June 2011
De Gea semakin hampir milik MU
![]() |
Penjaga gol Atletico Madrid, David De Gea |
Ujian kesihatan De Gea dilakukan di Hospital Bridgewater. Jika transaksi berlaku, De Gea akan menjadi pemain ketiga dibeli Mu pada musim panas ini selepas Ashley Young dari Aston Villa dan Phil Jones dari Blackburn.
Sejak musim lepas, De Gea terus dikhabarkan akan bersama MU. Penjaga gol yang baru saja membantu Sepanyol memenangi Piala Eropah U-21 itu dinilai sebagai pengganti terbaik buat Edwin van der Sar yang akan pencen selepas kontraknya bersama Mu tamat.(SKY)
AC Milan miliki 'Kaka' baru
![]() |
Pemain Itali dan AC Milan Stephen El Shaarawy |
Milan - Pemain baru AC Milan, Stephen El Shaarawy mengaku dirinya mempunyai gaya permainan yang sama dengan pemain Real Madrid, Kaka dan menurutnya terdapat beberapa orang lagi yang berpandangan serupa termasuk wakil Presiden Milan, Adriano Galliani.
"Aku pikir aku memiliki karakter yang sama seperti Kaka, khususnya dalam mengendalikan bola di padang. Aku mungkin tidak berpengalaman, namun aku berkeinginan dan mempunyai keberanian yang besar. Untuk pasukan, aku mampu bermain sebagai perancang ataupun penyerang seperti Kaka," ujarnya.
El Shaarawy menonjol pada musim lepas bersama Padova dengn menjaringkan 7 gol dalam 25 perlawanan. Di Milan, dia akan mengekalkan jersi bernombor 92.
Labels:
AC Milan,
Kaka,
Real Madrid,
Stephen El Shaarawy
Park tidak mahu pindah!
Manchester - Park Ji-Sung, pemain Asia yang membarisi skuad Manchester United berhasrat untuk tidak berpindah dan membantu MU meraih gelaran liga buat kali ke-20.
Sejak kehadiran Ashley Young tidak lama dulu yang dibeli MU dari Aston Villa, posisi Park kini semakin terancam. Pemain berasal dari Korea Selatan itu kini dikaitkan akan berpindah ke kelab Itali, Juventus. Namun kelab tersebut menafikan perkara itu dan Park juga menafikannya.
"Aku amat berbangga jika dapat terus bersama dengan Manchester United. Aku ingin bertahan di sini. Sebagai pemain Asia, bermain untuk kelab besar di dunia merupakan satu kebanggaan. Aku ingin meraik gelaran liga ke-20 bersama MU," ujar Park.
Kontrak Park akan tamat pada 30 Jun 2012 ini dan nilainya dianggarkan sekitar 10juta euro.(SKY)
![]() |
Pemain Manchester United, Park Ji-Sung |

Sunday, 19 June 2011
Pep Guardiola akan ke Inter pada 2012
Milan - Inter Milan dikhabarkan telah berjaya mendapatkan persetujuan Pep Guardiola untuk membimbing pasukan "I Nerazzurri" mulai tahun 2012. Inilah yang menjadi punca masalah Inter tidak dapat mencari jurulatih untuk musim depan.
Inter kini dalam dilema untuk mencari pengganti Leornando kerana tidak ada seorang pun yang mahu melatih pasukan Inter hanya untuk setahun sebelum diambil alih oleh Pep. Inter dikatakan telah menawarkan jawatan tersebut kepada Fabio Capello, Delio Rossi, Gian Piero Gasperini dan Sinisa Mihajlovic, namun tiada perkembangan terkini.
Pep Guardiola sendiri telah menyatakan yang dia akan meninggalkan Barcelona hujung musim 2011-2012 kerana ingin mencari cabaran baru setelah banyak membantu Barcelona menjuarai pelbagai kejuaraan. (TS)
![]() |
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola |

Barcelona,
I Neazzurri,
Inter Milan,
Pep Guardiola,
The Catalan
Friday, 17 June 2011
Tawaran Arsenal ditolak!
![]() |
Perancang tengah Shakhtar Donetsk, Douglas Costa |
Donetsk - Shakhtar Donetsk dikhabarkan telah menolak tawaran dari Arsenal untuk mendapatkan pemain tengah mereka, Douglas Costa.
"Arsenal menawarkan pemain tengahnya, Denilson dan sejumlah wang untuk kelab Ukraine itu. Namun Shakhtar tidak bersetuju kerana mereka tidak berminat dengan Denilson dan hanya mahukan wang," ujar agen Costa, Cesar Bottega.
Costa dibeli dari Gremio pada 2010 dan terikat dengan kontrak sehingga 2014. Nilai pasaran bagi Costa sekarang mencecah 11juta euro. (GL)
Labels:
Arsenal,
Costa,
Denilson,
Douglas Costa,
Shakhtar Donetsk,
The Gunners
Lampard lamar Bleakley sambil berlutut
Pemain tengah Chelsea rupa-rupanya dalam diam sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Semasa bercuti di Amerika Syarikat, dia tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk melamar kekasihnya, Christine Bleakley.
Perkara ini diceritakan sendiri oleh Bleakley kepada The Sun. Bleakley sendiri mengaku sangat teruja dan terkejut dengan tindakan Lampard itu yang dianggapnya sangat romantis. Manakan tidak, Lampard berlutu dan melamarnya untuk bernikah.
Usia hubungan Lampard dan Bleakley baru sahaja mencecah 18 bulan. Sebelumnya, Lampard bercinta dengan Elen Rivas dan dikurniakan dua anak iaitu Luna dan Isla.
"Sangat mengejutkan. Aku tahu ramai yang berharap perkara ini berlaku kepada mereka," ujar Bleakley selamba.
"Ini sangat peribadi. Kami sedang makan tengahari di tepi pantai dan dia secara tiba-tiba melamarku dengan cara yang cukup romantis. Aku sangat kagum dan kemudian aku menangis," katanya lagi.

Lampard mencium pipi kekasihnya, Bleakley |

Chelsea,
Kekasih Lampard,
Lampard,
Lampard melamar,
The Blues
Ballack akhirnya bersara dari arena antarabangsa
Berlin - Jurulatih skuad Jerman, Joachim Loew menyatakan yang karier pemain tengah Bayern Leverkusen, Michael Ballack dalam skuad "Der Panzer" telah berakhir.
"Ballack tidak akan bermain lagi bersama skuad Jerman," demikian kenyataan rasmi dari Persekutuan Bolasepak Jerman.
Ballack telah lama tidak bermain bersama skuad negaranya kerana cedera dan terpaksa melupakan aksi di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Posisinya sebagai kapten juga telah dirampas oleh Philipp Lahm.
Dari tahun 1999, Ballack telah bersama skuad "Die Mannschaft" dan memiliki 98 caps. Walaupun berada di posisi tengah, Ballack telah menjaringkan 48 gol. Prestasi terbaiknya adalah membantu Jerman layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2002 dan pusingan akhir Piala Eropah 2008. (FIFA)
"Ballack tidak akan bermain lagi bersama skuad Jerman," demikian kenyataan rasmi dari Persekutuan Bolasepak Jerman.
![]() |
Pemain Jerman, Michael Ballack |
Dari tahun 1999, Ballack telah bersama skuad "Die Mannschaft" dan memiliki 98 caps. Walaupun berada di posisi tengah, Ballack telah menjaringkan 48 gol. Prestasi terbaiknya adalah membantu Jerman layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2002 dan pusingan akhir Piala Eropah 2008. (FIFA)
Thursday, 16 June 2011
Chelsea menawarkan gaji lumayan kepada Modric
London - Chelsea dikhabarkan menawarkan gaji yang sangat lumayan buat pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric iaitu tiga kali lebih tinggi berbanding gajinya yang diterima di Spurs. Menurut The Sun, Chelsea sanggup memberikam Modric 130ribu euro seminggu.
Di White Hart Lane, Modric hanya menerima 50ribu euro seminggu. Perkara ini dilakukan Chelsea bagi memperkukuhkan barisan tengah skuadnya yang longlai pada musim ini.
"Ketiadaan pengurus pasukan tidak memeberi apa-apa kesan kepada perpindahan. Ada senarai pemain untuk dibeli dan nama Modric berapa paling atas," ujar sumber dari dalam Chelsea.
Kapten Chelsea, John Terry optimis dengan kehadiran pemain-pemain baru seperti Modric mampu menguatkan lagi pasukan dan membantu mereka menjuarai pelbagai pertandingan. (SUN)
Di White Hart Lane, Modric hanya menerima 50ribu euro seminggu. Perkara ini dilakukan Chelsea bagi memperkukuhkan barisan tengah skuadnya yang longlai pada musim ini.
![]() |
Perancang tengah Spurs, Luka Modric |
"Ketiadaan pengurus pasukan tidak memeberi apa-apa kesan kepada perpindahan. Ada senarai pemain untuk dibeli dan nama Modric berapa paling atas," ujar sumber dari dalam Chelsea.
Kapten Chelsea, John Terry optimis dengan kehadiran pemain-pemain baru seperti Modric mampu menguatkan lagi pasukan dan membantu mereka menjuarai pelbagai pertandingan. (SUN)
Labels:
Chelsea,
John Terry,
Luka Modric,
Spurs,
Tottenham Hotspur,
White Hart Lane
Bebe dipinjamkan kepada Besiktas
Manchester - Manchester United meminjamkan penyerangnya, Tiago Manuel Dias Correia, 20 atau yang lebih dikenali sebagai Bebe kepada Besiktas selama satu musim. Melalui laman web rasminya, MU berharap Bebe dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di Besiktas untuk meningkatkan keupayaan dirinya.
Pada musim pertamanya di Old Trafford, Bebe bermain tujuh perlawanan bersama skuad utama dan berjaya membolosi gawang lawan sebanyak dua kali iaitu semasa Piala Carling dan Liga Juara-Juara.
Bebe dibeli oleh MU dari Vitoria de Guimaraes pada tahun lalu dengan harga 7.4juta pounds dan kontraknya sehingga 2015.
Sir Alex Ferguson menyatakan yang Bebe merupakan pemain pertama yang di beli skuad "The Red Devils" tanpa dipantau oleh dirinya sendiri. (MU)
Pada musim pertamanya di Old Trafford, Bebe bermain tujuh perlawanan bersama skuad utama dan berjaya membolosi gawang lawan sebanyak dua kali iaitu semasa Piala Carling dan Liga Juara-Juara.
![]() |
Penyerang Manchester United, Bebe |
Bebe dibeli oleh MU dari Vitoria de Guimaraes pada tahun lalu dengan harga 7.4juta pounds dan kontraknya sehingga 2015.
Sir Alex Ferguson menyatakan yang Bebe merupakan pemain pertama yang di beli skuad "The Red Devils" tanpa dipantau oleh dirinya sendiri. (MU)
Labels:
Bebe,
Manchester United,
Old Trafford,
Sir Alex Ferguson,
The Red Devils
Maxi Rodriguez tidak lagi ingin bersama Liverpool
Liverpool - Perancang tengah Liverpool, Maxi Rodriguez mengaku telah ditawarkan untuk bermain bersama dengan kelab lamanya, Newell's Old Boys oleh Presidennya, Guillermo Lorente. Dia mengaku telah menerima tawaran tersebut dan hanya menunggu jawapan dari Liverpool.
"Presiden (Guillermo Lorente) menghubungiku dan aku bersetuju. Sekarang semuanya bergantung kepada kontrakku bersama Liverpool," ujar Maxi Rodriguez.
Rodruguez dibeli dari Atletico Madrid pada 2010 yang lepas dan kini nilainya diaanggarkan bernilai 9juta euro.Kini posisi Rodriguez di Liverpool sedikit goyah apabila Kenny Dalglish ingin membawa masuk pemain seperti Charlie Adam dan Stewart Downing pada musim panas ini. (SKY)
"Presiden (Guillermo Lorente) menghubungiku dan aku bersetuju. Sekarang semuanya bergantung kepada kontrakku bersama Liverpool," ujar Maxi Rodriguez.
![]() |
Pemain tengah Liverpool, Maxi Rodriguez |
Rodruguez dibeli dari Atletico Madrid pada 2010 yang lepas dan kini nilainya diaanggarkan bernilai 9juta euro.Kini posisi Rodriguez di Liverpool sedikit goyah apabila Kenny Dalglish ingin membawa masuk pemain seperti Charlie Adam dan Stewart Downing pada musim panas ini. (SKY)
Tuesday, 14 June 2011
Cristiano Ronaldo tolak City
Madrid - Penyerang sensasi Real Madrid mengaku seronok berada di Santiago Bernabeu dan akan memanjangkan kontraknya bersama mereka. Dia juga menolak segala kemungkinan yang dia akan berpindah ke Manchester City pada musim panas ini.
City dikatakan bersedia mengeluarkan dana yang besar bagi membolehkan mereka mendapatkan khidmat Ronaldo, bahkan mereka juga bersedia untuk memecahkan rekod pembelian pemain termahal yang juga dipegang Ronaldo. Jumlah yang dikhabarkan akan dilaburkan City adalah sebanyak 170juta euro.
"Anda boleh menulis apa sahaja, tetapi aku tidak akan pergi. Aku baik sahaja di sini dan akan memperbaharui kontrakku. Jika Real Madrid menawarkan kontrak baru kepadaku, aku akan menandatanganinya," ulas Ronaldo ketika ditanya mengenai kesahihan perkara tersebut.
Ronaldo menjadi pemain Real paling menyerlah dengan menyumbat 53 gol dan mencipta 16 peluang gol dalam 54 perlawanan. Kontraknya juga masih panjang iaitu sehingga 2015. (CC)

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo |

Suarez yakin Liverpool mampu bergelar juara
Liverpool - Penyerang berbisa Liverpool, Luis Suarez optimis pasukannya mampu bergelar juara Liga Perdana Inggeris dan pelbagai lagi pertandingan pada musim hadapan jika mereka mengekalkan rentak yang baik seperti musim lepas.
Keyakinan Suarez berpunca daripada prestasi "The Reds" yang semakin meningkat semenjak di bawah pengendalian Kenny Dalglish. Sebelum ini, semasa dipimpin Roy Hodgson, prestasi Liverpool terumbang-ambing.
Dalglish telah membawa Liverpool naik ke tangga ke-6 liga dan di tangan Dalglish juga Liverpool telah mampu mencatatkan keputusan yang memberangsangkan ketika bertemu kelab-kelab kuat dalam liga.
"Aku rasa kami menunjukkan penampilan yang terbaik dan kami harus mengekalkannya agar dapat meraih gelaran juara pada musim depan. Ini sesuatu yang bagus dan membuatkan kami optimis kami mampu bergelar juara pada musim depan," ujar penyerang yang berasal dari Uruguay itu.

Penyerang Liverpool, Luis Suarez |

Sir Alex Ferguson akan dapat penggantiku - Scholes
Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes
Manchester - Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyatakan yang Sir Alex Ferguson pastinya akan mendapat pengganti buat dirinya seperti selalunya selepas seseorang pemain hebat meninggalkan kelab.
Scholes telah beraksi sebanyak 676 perlawanan buat Manchester United sejak 1994 sehingga bersara pada 31 Mei yang lepas.
"Telah banyak pemain-pemain yang hebat telah meninggalkan kelab seperti Eric Cantona, Roy Keane, Mark Hughes dan Bryan Robson. Anda mungkin berfikir bagaimana cara untuk menggantikan mereka, tetapi entah bagaimana kelab ini selalu mendapatkan jalan penyelesaiannya," ujar Paul Scholes. (BBC)
Boateng setuju berhijrah ke Bayern Munich
Manchester - Pemain pertahanan Manchester City, Jerome Boateng mengatakan dia bersetuju dengan kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan mendesak kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat.
Boateng,22 berhijrah ke City dari Hamburg pada musim panas yang lepas dan bergelut untuk mendapatkan tempat dalam skuad kesebelasan utama di "Eastlands" dan sering memanaskan bangku simpanan.
Bagi menjamin tempatnya dalam skuad Jerman pada Piala Euro tahun hadapan yang semakin hampir, dia ingin bermain dengan lebih kerap di pertahanan tengah.
Pemain pertahan Manchester City, Jerome Boateng
Namun, penghijrahannya ini bergantung kepada City untuk memeterai perjanjian dengan Bayern Munich, suatu perkara yang sangat di dambakan Boateng.
"Saya telah bersetuju dengan kontrak selama empat tahun bersama Bayern, namun segalanya terserah kepada City untuk merealisasikannya. Buat masa sekarang, mereka menjadikannya sedikit susah," ulas Boateng seperti dikutip Kicker Magazine.
Oezil tidak layan lamaran Manchester United
Pemain tengah Real Madrid, Mesut Oezil
Madrid - Manchester United terpakasa melupakan niatnya untuk mendapatkan pemain tengah bercorak serangan Real Madrid, Mesut Oezil kerana dia masih belum berniat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim depan.
Akhbar-akhbar England melaporkan yang Manchester United bersedia untuk berbelanja besar untuk Oezil namun dia menolak segala tawaran tidak rasmi "The Red Devils".
"Kami berterima kasih kepada MU kerana tertarik dengan Oezil. Namun Oezil masih selesa di Real Madrid dan tidak terfikir untuk berhijrah ke kelab lain," ujar Reza Fazeli, agen Oezil.
Sir Alex Ferguson kini mengalihkan perhatiannya kepada pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder. Namun teka-teki sama ada Sneijder akan menerima lamaran MU masih menjadi tanda tanya. (DS)
Monday, 13 June 2011
Rio Ferdinand: Javier Hernandez mampu mengukir sejarah di Old Trafford
London - Pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya Javier Hernandez mampu mengukir sejarah tersendiri di Old Trafford.
Penyerang Mexico itu telah membuktikan sesuatu dalam musim pertamanya di England semenjak berhijrah dari kelab lamanya, Chivas Guadalajara pada musim panas yang lepas dengan menjaringkan 20 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan.
Pemain yang lebih dikenali dengan panggilan "Chicharito" ini juga telah memainkan peranan yang penting buat "The Red Devils" dalam memenangi gelaran liga buat kali ke-19 dan sumbangannya diakui oleh peminat kelab tersebut yang mengundinya sebagai Pemain Terbaik pada tahun ini.
Penyerang berbisa MU, Javier Hernandez
Ferdinand sangat kagum dengan pemain muda Mexico ini dan percaya jika Hernandez meneruskan prestasinya seperti sekarang, dia mampu berada di puncak dunia.
"Chicho adalah pemain yang memang dilahirkan untuk menyumbat gol dan pemain muda profesional yang sangat bagus," ujar Ferdinand seperti diwawancara talkSPORT.
"Dia akan mengukir sejarah di Manchester United, dia mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi pemain terbaik dunia," katanya lagi.
Jeffren Bangga Diintai Liverpool
Pemain Barcelona, Jeffren Suarez
"Faktanya, apabila kelab besar seperti Liverpool berminat dengan aku, aku sangat berbangga dan kita akan tengok apa yang akan berlaku," ujar Jeffren.
"Tapi aku tidak berfikir mengenai perkara itu sekarang. Aku di sini dan memikirkan apa yang akan kami lakukan," katanya lagi.
Sepanyol U-21 akan berdepan dengan England U-21 dalam Piala Eropah U-21 pada hari Isnin (13/6/2011). (SKY)
Hulk hanya mahu kelab ternama
Porto - Penyerang FC Porto, Hulk dikhabarkan A Bola tidak akan berpindah ke sebarang kelab melainkan kelab-kelab yang lebih besar dari Porto. Hulk juga mengatakan kelab tersebut harus bersedia mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmatnya.
Hulk sebelum ini telah memanjangkan usia kontraknya bersama Porto hingga tahun 2016. Dalam kontrak tersebut, Hulk hanya mampu dibeli dengan harga 100juta euro, harga yang membuatkan mana-mana kelab berfikir panjang sebelum membelinya.
"Aku hanya akan berpindah ke kelab yang lebih baik (dari Porto). Porto adalah sebuah pasukan yang besar dan aku tidak akan berhijrah ke kelab sebarangan," ujar Hulk seperti dikutip A Bola.
Terdapat dua kelab besar eropah yang ingin mendapatkan khidmat Hulk iaitu Manchester City dan AC Milan. City pastinya menjadi kelab yang terbaik untuk mendapatkan tandatangan Hulk kerana mereka akan mengeluarkan dana sebanyak mana sekalipun untuk mendapatkan pemain buruan mereka.
Hulk sebelum ini telah memanjangkan usia kontraknya bersama Porto hingga tahun 2016. Dalam kontrak tersebut, Hulk hanya mampu dibeli dengan harga 100juta euro, harga yang membuatkan mana-mana kelab berfikir panjang sebelum membelinya.
"Aku hanya akan berpindah ke kelab yang lebih baik (dari Porto). Porto adalah sebuah pasukan yang besar dan aku tidak akan berhijrah ke kelab sebarangan," ujar Hulk seperti dikutip A Bola.
Penyerang FC Porto, Hulk
Sunday, 12 June 2011
Messi: Barcelona tidak ada rahsia!
Barcelona - Penyerang Barcelona, Lionel Messi menegaskan kelabnya, Barcelona tidak mempunyai apa-apa rahsia untuk memenangi banyak trofi dalam kebelakangan ini.
"Musim ini sangat baik, tetapi tidak ada apa-apa rahsia. Di Barcelona, kami percaya kepada diri sendiri," kata pemain terbaik dunia, Messi.
Banyak berpendapat, Barcelona pada era Messi ini merupakan kelab terbaik sepanjang zaman. Namun, Messi tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.
"Aku tidak bersetuju(dengan dakwaan tersebut) kerana ada kelab-kelab besar lain pada era-era tertentu. Tetapi kami telah menunjukkan yang pasukan kami akan dikenang," ujar Messi lagi. (MAT)
"Musim ini sangat baik, tetapi tidak ada apa-apa rahsia. Di Barcelona, kami percaya kepada diri sendiri," kata pemain terbaik dunia, Messi.
Penyerang Barcelona, Lionel Messi
Banyak berpendapat, Barcelona pada era Messi ini merupakan kelab terbaik sepanjang zaman. Namun, Messi tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.
"Aku tidak bersetuju(dengan dakwaan tersebut) kerana ada kelab-kelab besar lain pada era-era tertentu. Tetapi kami telah menunjukkan yang pasukan kami akan dikenang," ujar Messi lagi. (MAT)
Labels:
Barcelona
Ancelotti disekat dari melatih kelab EPL semusim
London - Daily Mail melaporkan Chelsea telah membayar sisa kontrak Carlo Ancelotti yang dipecat 22 Mei lepas agar dia tidak boleh melatih kelab lain di EPL sehingga musim depan berakhir.
Nilai pampasan yang dibayar oleh Chelsea, menurut Daily Mail, mencecah 6juta pounds. Ancelotti diikat Chelsea dari AC Milan pada 2009 dan terikat dengan kontrak sehingga 2012.
Chelsea pernah juga membayar sisa kontrak dengan tujuan menghalang daripada melatih kelab saingan mereka kepada Jose Mourinho pada tahun 2007. (DM)
Nilai pampasan yang dibayar oleh Chelsea, menurut Daily Mail, mencecah 6juta pounds. Ancelotti diikat Chelsea dari AC Milan pada 2009 dan terikat dengan kontrak sehingga 2012.
Carlo Ancelotti
Chelsea pernah juga membayar sisa kontrak dengan tujuan menghalang daripada melatih kelab saingan mereka kepada Jose Mourinho pada tahun 2007. (DM)
Real Madrid di"syor"kan beli Aguero
Madrid - Akhbar sukan Sepanyol, Marca melakukan bancian yang melibatkan 31 000 pengguna internet seluruh dunia tentang siapa yang patut dibeli oleh Real Madrid di antara Aguero dan Neymar pada musim hadapan.
Sebanyak 56.6% responden memilih penyerang Argentina, Sergio Aguero. Kedua-dua pemain yang berharga 45juta euro itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
Aguero telah lama berada di Liga BBVA iaitu semenjak 2006 manakala Neymar pula masih belum pernah keluar dari negaranya, Brazil dan baru berusia 19 tahun. (MRC)
Sebanyak 56.6% responden memilih penyerang Argentina, Sergio Aguero. Kedua-dua pemain yang berharga 45juta euro itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
Penyerang Argentina, Sergio Aguero
Aguero telah lama berada di Liga BBVA iaitu semenjak 2006 manakala Neymar pula masih belum pernah keluar dari negaranya, Brazil dan baru berusia 19 tahun. (MRC)
Silvestre buruan Liverpool, Villarreal
Palermo - Pengarah utama Catania, Pietro Lo Monaco menyatakan bahawa Liverpool dan Villarreal sedang memburu pemain pertahanan mereka, Matias Silvestre. Namun, Lo Monaco mengesahkan mereka masih mahu mengekalkan pemain tersebut.
"Silvestre adalah salah seorang dalam senarai pemain yang ingin berhijrah. Tetapi saya akan berusaha mengekalkannya kerana dia memainkan peranan yang besar untuk kelab," kata Lo Monaco.
Silvestre menyatakan hasratnya untuk bermain bersama kelab-kelab yang besar dan berpengaruh. Liverpool dan Villarreal pastinya memenuhi kriteria yang diingini Silvestre.
Catania membeli Silvestre dari Boca Juniorstiga musim yang lalu. Semenjak itu, dia menyumbangkan banyak jasa kepada pertahanan "I Rossazzurri". Silvestre juga kini menjawat jawatan kapten pasukan yang diterajui olehVicenzo Montella itu.
"Silvestre adalah salah seorang dalam senarai pemain yang ingin berhijrah. Tetapi saya akan berusaha mengekalkannya kerana dia memainkan peranan yang besar untuk kelab," kata Lo Monaco.
Kapten Catania, Matias Silvestre
Silvestre menyatakan hasratnya untuk bermain bersama kelab-kelab yang besar dan berpengaruh. Liverpool dan Villarreal pastinya memenuhi kriteria yang diingini Silvestre.
Catania membeli Silvestre dari Boca Juniorstiga musim yang lalu. Semenjak itu, dia menyumbangkan banyak jasa kepada pertahanan "I Rossazzurri". Silvestre juga kini menjawat jawatan kapten pasukan yang diterajui olehVicenzo Montella itu.
United korbankan Nani
London - Nani mungkin akan mengorbankan Nani bagi memastikan buruan Manchester United terhadap Sneijder berjaya.
Nani yang kedudukannya semakin tergugat setelah kehadiran kelibat Ashley Young yang dibeli MU dengan harga RM78.4juta, mungkin akan ditawarkan kepada Inter Milan sebagai umpan untuk mendapatkan Sneijder.
Pemain sayap itu mempamerkan prestasi yang memberangsangkan pada musim ini dengan menjaringkan sembilan gol dam mencipta 18 peluang jaringan.
Nani dikatakan menerima dengan hati yang terbuka walaupun perlu meninggalkan MU pada musim panas ini selepas posisinya dirampas oleh Antonio Valencia pada penghujung minggu lepas - Agensi

Pemain sayap MU, Nani

Saturday, 11 June 2011
Neuer dipuji tiga penjaga gol terhebat
Muenchen - Tiga penjaga gol terbaik dunia iaitu Iker Casillas, Gianluigi Buffon dan Victor Valdes memuji penjaga gol baru Bayern Muenchen, Manuel Neuer. Mereka menyatakan Neuer telah menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia.
"Neuer adalah penjaga gol yang aku suka. Dia seperti sukar dikalahkan. Dia memang pembelian yang paling baik buat Bayern," ujar penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.
Penjaga gol varu Bayern, Manuel Neuer
Musim lalu Neuer membantu kelab lamanya, Schalke 04 menjuarai Liga Jerman dan menampilkan aksi memberangsangkan ketika pertemuan dengan MU semasa pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Walaupun kelabnya kalah, namun dia berjaya menafikan banyak cubaan-cubaan berbahaya MU.
"Dia mampu menjaga keseluruhan gawang daripada dibolosi. Dia pantas dan cekap. Dia sudah berada sebaris dengan penjaga gol terbaik dunia dan Bayern tidak rugi membelinya," jelas penjaga gol Barcelona Victor Valdes. (BILD)
Labels:
Barcelona
Manchester United buru Nasri
Manchester - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson dilaporkan ingin mendapatkan kelibat pemain tengah Arsenal, Samir Nasri untuk bermain bersama mereka pada musim depan. Ferguson menyatakan Nasri adalah pilihan yang paling tepat untuk menggantikan Paul Scholes yang telah bersara.
Kontrak Nasri akan tamat pada musim depan. Walaupun Arsenal telah menawarkan kontrak baru, namun kontrak tersebut menemui jalan buntu kerana masalah gaji.
Samir Nasri
Arsenal pastinya akan berdepan masalah yang besar jika kehilangan Nasri. Ini kerana Nasri merupakan seorang perancang tengah yang berkaliber dan berkarisma yang sukar dicari ganti.
MU dikatakan sedang meninjau keadaan Nasri di Arsenal dan bila tiba masa yang sesuai, mereka akan mengeluarkan tawaran untuk Nasri. (SKY)
Wenger rela melepaskan Cesc Fabregas
London - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu ketua pasukannya Cesc Fabregas boleh meninggalkan kelab untuk ke Sepanyol tetapi tidak untuk kelab di Liga Perdana Inggeris.
"Saya akan melepaskannya ke Barcelona atau Real Madrid, namun tidak ke kelab Liga Perdana Inggeris," ujar Wenger.
Barcelona sudah lama menawarkan tawaran kepada Fabregas sejak musim lepas namun tidak dipersetujui oleh pengurusan Arsenal.
Pada musim ini Arsenal menamatkan musim tanpa sebarang gelaran yang menjadi punca utama Fabregas ingin pulang ke kelab ketika zaman remajanya. (EMD)
"Saya akan melepaskannya ke Barcelona atau Real Madrid, namun tidak ke kelab Liga Perdana Inggeris," ujar Wenger.
Arsene Wenger
Barcelona sudah lama menawarkan tawaran kepada Fabregas sejak musim lepas namun tidak dipersetujui oleh pengurusan Arsenal.
Pada musim ini Arsenal menamatkan musim tanpa sebarang gelaran yang menjadi punca utama Fabregas ingin pulang ke kelab ketika zaman remajanya. (EMD)
Labels:
Barcelona
Terengganu Juara Piala FA 2011
Bukit Jalil - Seramai lebih 85 000 penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan pertembungan antara dua gergasi pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan.
Terengganu dengan gahnya menjuarai Piala FA dengan menewaskan Kelantan 2-1 menerusi jaringan kemenangan oleh Ahmad Nordin Alias pada masa tambahan.
Pasukan Kelantan mendahului dengan jaringan Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 melalui sepakan "chip" yang menarik dan menyebabkan penyokong "The Red Warriors" gegak gempita.
Namun, mereka tersentak dengan jaringan sendiri oleh pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan yang membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.
Pemain terbaik final Piala FA 2011 ialah kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof.
Terengganu dengan gahnya menjuarai Piala FA dengan menewaskan Kelantan 2-1 menerusi jaringan kemenangan oleh Ahmad Nordin Alias pada masa tambahan.
Marzuki Yusof (kanan), pemain terbaik final Piala FA 2011
Pasukan Kelantan mendahului dengan jaringan Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 melalui sepakan "chip" yang menarik dan menyebabkan penyokong "The Red Warriors" gegak gempita.
Namun, mereka tersentak dengan jaringan sendiri oleh pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan yang membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.
Pemain terbaik final Piala FA 2011 ialah kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof.
Wednesday, 8 June 2011
Young sertai MU selepas berkahwin
Birmingham - Manchester United dikatakan sedang berunding dengan Aston Villa untuk mendapatkan pemain tengah kelab itu, Ashley Young. Namun, menurut mereka, keputusan perpindahan tersebut akan diumumkan hanya selepas Young melansungkan perkahwinannya akhir tahun ini.
Menurut Birmingham Mail, Young telah menyampaikan hasratnya untuk tidak lagi menyambung kontrak yang masih berbaki setahun dan meminta Villa melepaskannya untuk ke MU.
Villa dikatakan meletakkan harga sebanyak 19juta pounds untuk Young, namun "Red Devils" hanya mahu membayar sebanyak 15juta pounds. Walaupun begitu, MU dikatakan bakal memenangi tawar-menawar ini dan membawa Young ke Old Trafford - BIM
Ashley Young

Peledak veteran Jerman tinggalkan Bayern
Muenchen - Miroslav Klose dengan rasminya telah meninggalkan "Der Bavarians" pada Isnin (6/6/11) yang lepas. Klose tidak mahu menyambung kontraknya kerana sering memanaskan bangku simpanan dan permintaan gaji yang lebih tinggi tidak dipersetujui oleh pentadbiran kelab tersebut.
Antara sebab utama Klose ingin meninggalkan Bayern adalah kerana sering dibayangi kelibat penyerang muda berbisa, Mario Gomez.
Klose dikhabarkan mendapat pelbagai tawaran menarik daripada Everton, Lazio dan Valencia. Klose perlu kerap bermain untuk menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Jerman dalam Euro 2012 - GL
Miroslav Klose

Barcelona berbelanja 45juta euro
Javier Faus
"Kami mendapat keuntungan sebanyak 4juta euro selepas memenangi Liga Champions. Kami menganggarkan pengeluaran sebanyak 34juta euro dan mendapatkan 38juta euro. Namun itu adalah pelaburan yang terbaik kerana Barca menjadi lebih terkenal di mata dunia," ujar Faus. (SPRT)
Labels:
Barcelona
Gergasi Jerman sahkan khidmat Neuer
Muenchen - Bayern Muenchen dengan rasminya mengumumkan bahawa penjaga gol sensasi Schalke, Manuel Neuer, 25 akan beraksi bersama mereka setelah menandatangani kontrak untuk 5 tahun.
"Kami sangat gembira mendapatkan khidmat salah satu pejaga gol terbaik dunia ini dan suka dengan kerjasama jangka panjang ini," kata Pengarah Sukan Bayern Christian Nerlinger.
Neuer sendiri berhasrat dapat cepat sesuaikan diri dengan kelab barunya itu dan membantu mereka untuk mencapai sasaran musim hadapan.
"Aku rasa ini adalah langkah yang terbaik kerana aku adalah penjaga gol Jerman dan Bayern Muenchen adalah kelab terbaik di Jerman," kata Neuer. (SCN)

The Doctor melutut dan mencium kaki Xavi Hernandez
Detik tersebut berlaku di trek motoGP di Montmello semasa Xavi melihat pemandangan garaj semua pasukan yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.
Ada saksi mengatakan bahawa Xavi masuk ke garaj pasukan Ducati untuk mencari Rossi namun dikejutkan apabila Rossi tiba-tiba datang kepadanya dan terus berlutut dan mencium kakinya - Sport
Labels:
Barcelona
Khidmat ketua pasukan Arsenal ditagih Juara Eropah 2011
London - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger semakin terdesak untuk mengekalkan pemain paling berpengaruh di kelab itu, Cesc Fabregas yang mahu kembali ke Nou Camp.
Dengan kemasukan perancang sepanyol itu,trio pemain tengah barcelona seperti Xavi hernandez,Sergio Busquets,Andres Iniesta lebih bertenaga sepanjang musim dengan menggunakan sistem penggiliran.
Puyol menyarungkan jersi Barca kepada Fabregas
Fabregas juga ingin pulang ke pangkuan The Catalan kerana telah lama bersama The Gunners tanpa memenangi sebarang gelaran sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 2005 - Agensi
Juara liga Championship England 2011 mahu beli hero Piala Dunia 2006
London - Juara liga Championship England 2011,Queen Park Rangers mahu merekrut pertahanan veteran tinggi lampai dari itali dan juga hero Piala dunia Itali 2006 ,Marco Materazzi dari Inter Milan untuk memperkasakan benteng pertahanan mereka untuk menghadapi musim baru Barclays Premier League. Materazzi,37 yang kontraknya tamat pada musim ini bebas memilih kelab untuk memperagakan bakatnya kerana sering memanaskan bangku simpanan sepanjang musim ini dibayangi masalah kecederaan dan peningkatan usia. Insiden ditanduk di dada oleh Zinedine Zidane menjadikan pemain ini lebih terkenal - Agensi
Bojan menjadi rebutan Arsenal, Liverpool
London - Barcelona telah dihubungi oleh dua gergasi England, Liverpool dan Arsenal untuk mendapatkan khidmat penyerang muda, Bojan Krkic. Bojan,20 banyak menghabiskan masa di bangku simpanan Nou Camp kerana dibayangi kelibat David Villa, Pedro dan penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi. Arsenal bersedia mengeluarkan belanja sebanyak 17juta pound manakala Liverpool sedia menjual Joe Cole untuk mendapatkan penyerang yang lahir dari akademi La Masia ini - Agensi
Sneijder bakal ke Chelsea?
London - Antara syarat Guus Hiddink menjadi pengurus Chelsea ialah Sneijder harus ke Stamford Bridge. Sneijder,27 pemain perancang Inter Milan dan Belanda berhasrat untuk meninggalkan San Siro musim panas ini untuk beraksi di England. Manchester United telah lama mengidam untuk mendapatkan khidmat pemain tengah penuh karisma ini bagi menggantikan Paul Scholes yang telah bersara pada minggu lepas. Namun permintaan gaji yang tinggi sebanyak 200ribu pound sterling seminggu menyekat hasrat United sekaligus meyakinkan Chelsea bahawa dengan kewangan yang kukuh dari pemilik kelab, Roman Abramovich menjadikan mereka pilihan terbaik mendapatkan khidmat Sneijder.
Subscribe to:
Posts (Atom)